Tuesday, November 16, 2010

Reflection, Absorbtion and Transmission-Mengapa penting difahami.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua, selamat menyempurnakan ibadah qurban.
Hari ini saya masih ingin perkara asas iaitu  cahaya. Diharap anda semua masih menjadi pengikut yang setia, walaupun setakat ini saya belum lagi memaparkan gambar yangg glaomour ataupun peralatan kamera yang mahal-mahal!
Apabila cahaya bertemu suatu permukaan mungkin akan berlaku tiga perkara iaitu refleksi, transmisi dan penyerapan (reflection, absorbtion and transmission).Corak ketiga-tiga perkara ini berlaku, bergantung kepada jenis permukaan ataupun material permukaan yang dihadapinya. Ini bermakna keadaan subject matter akan memberi kesan kepada pencahayaan. Contohnya ketika merakam gambar barangan berkaca, berkilat dan bertekstur, sudah tentu menimbulkan kesan dan permasalahan pencahayaan yang berlainan. Dan untuk tanganinya, sudah tentu memerlukan cara yang berlainan.
Oleh itu bagi penulis, memahami tingkah-laku cahaya dan kesan objek / subjek terhadap pencahayaan adalah aspek yang penting sebelum seseorang itu mahir di dalam bidang pencahayaan. Kita mungkin perlukan cahaya yang lembut ataupun keras bergantung kepada subject matter - oleh itu pengentahuan tentang reflection, absorbtion and transmission sangat membantu kita untuk merancang dan tangani masalah pencahayaan. Penggunaan reflector, diffuser, umbrellas  blocker, light tent, gobos…merupakan aplikasi pengentahuan yang berkaitan tingkah laku cahaya yang disebutkan tadi.
Fakta lain yg penting diketahui :
ü  Tiga jenis reflection (direct, refraction, specular)
ü  2 jenis transmission (direct and diffuse transmission)
ü  Perbezaan diantara transparent dan translucent material.
Sekian untuk kali ini, diharap sedikit maklumat yg diberi whole view yang cukup jelas tentang pencahayaan!
Selamat menyambut Adil Adha.

Sunday, November 14, 2010

Cahaya dan Pengcahayaan

Bertemu lagi di dalam posting yang ketiga. Bobo ! kali ini saya tak meng- ayat bagi suspen lagi. Sebaliknya terus masuk agenda. Hmm bagi suspen lama-lama nanti jadi bosan pula !
Ok di dalam artikel yang pertama saya mengemukakan persoalan apakah perbezaan di antara cahaya dan pencahayaan.
Cahaya adalah bahan paling asas di dalam fotografi…tanpa cahaya tidak ada fotografi kerana makna fotografi sendiri ialah melukis  dengan cahaya (di dalam bahasa Greek-photos & Graphos), ini bermakna tanpa cahaya, kamera tak boleh merakam gambar-ibarat pen tanpa dakwat, tidak boleh menulis ataupun melukis…
Di dalam konteks yang lebih luas,  cahaya merupakan asas kepada kehidupan di dunia. Tanpa cahaya kita akan teraba-raba di dalam kegelapan, sukar untuk kita berkomunikasi di antara satu sama lain. . Sosial dan budaya tidak akan berkembang!
Pencahayaan fotografi  pula merupakan sudut perbincangan yang menjurus kepada menjawab persoalan:
Apakah kesan cahaya pada objek yang dirakam?
Apakah kesan cahaya pada gambar yang dirakam?
Apakah kesan objek-objek yang berbagai rupa dan  bentuk  terhadap pencahayaan?
Apakah kesan kedudukan kamera terhadap pencahayaan ?
Seoarang jurufoto yang bagus, beliau mampu menjawab persoalan di atas dengan mudah. Lebih daripada itu beliau mampu nampak sebelum melihat !,  seterusnya beliau boleh merancang, mengurus (mengawal), tangani permasalahan dan mempergunakan (ekploitasi) keadaan kearah menvisualkan apa yang beliau harapkan!
Latihan demi latihan adalah cara terbaik untuk master di dalam bidang pencahayaan, namun bagi saya pengentahuan / prinsip asas cahaya dan pencahayaan perlulah dipelajari terlebih dahulu, sebelum kita membuka langkah yang jauh!
Semoga apa yang dibincang dapat memberi faedah kepada semua! Maklum balas amatlah diharapkan.
Jumpa lagi di dalam topic yang seterusnya.

Saturday, November 13, 2010

Pengenalan Pencahayaan

Pencahayaan merupakan ‘bahasa fotografi’ yang digunakan oleh jurufoto bagi menyampaikan sesuatu makna dan  mesej menerusi gambar yang dirakamnya.  Seperti  bahasa,  pencahayaan juga mempunyai perkataan dan tatabahasanya yang tersendiri. Ibarat bertutur, tersalah guna perkataan dan tatabahasa, seseorang akan dikatakan tidak pandai berbahasa dan mungkin juga kurang ajar…
Dan untuk memujuk atau memikat, seseorang itu perlu pandai ‘meng-ayat’…Begitu jugalah dengan pencahayaan fotografi, ada perkataan, ada tatacara penataannya yang mungin  keras, lembut dan berseni  yang boleh digunakan bagi menjadikan gambar yang dirakam mempunyai nilai yang persuasive…
Jadi untuk menjadi jurufoto yang bagus , yang master !  yang kreatif dan macam-macam… seseorang itu perlulah memahami perkataan dan tatabahasanya terlebih dahulu…barulah ada seninya
Diharap arikel hari ini menarik  minat anda walaupun perbincangan sebenar belum bermula.
Sekian terima kasih.
Perbincangan Yang Selanjutnya :
Cahaya dan sifat-sifatnya.

Friday, November 12, 2010

Pencahayaan fotografi

Apakah yang dimaksudkan dengan pencahayaan fotografi?
Apakah perbezaan di antara cahaya dan pengcahayaan?
Apakah yang akan anda belajar di dalam bidang pencahayaan?
Apakah yang anda inginkan daripada aspek pencahayaan?

Anda ingin belajar...jadilah follower blog saya.Tunggu posting yang seterusnya.

Saya bukanlah pengamal profesional seperti jurufoto di luar sana...tapi saya faham.
terima kasih