Sunday, November 14, 2010

Cahaya dan Pengcahayaan

Bertemu lagi di dalam posting yang ketiga. Bobo ! kali ini saya tak meng- ayat bagi suspen lagi. Sebaliknya terus masuk agenda. Hmm bagi suspen lama-lama nanti jadi bosan pula !
Ok di dalam artikel yang pertama saya mengemukakan persoalan apakah perbezaan di antara cahaya dan pencahayaan.
Cahaya adalah bahan paling asas di dalam fotografi…tanpa cahaya tidak ada fotografi kerana makna fotografi sendiri ialah melukis  dengan cahaya (di dalam bahasa Greek-photos & Graphos), ini bermakna tanpa cahaya, kamera tak boleh merakam gambar-ibarat pen tanpa dakwat, tidak boleh menulis ataupun melukis…
Di dalam konteks yang lebih luas,  cahaya merupakan asas kepada kehidupan di dunia. Tanpa cahaya kita akan teraba-raba di dalam kegelapan, sukar untuk kita berkomunikasi di antara satu sama lain. . Sosial dan budaya tidak akan berkembang!
Pencahayaan fotografi  pula merupakan sudut perbincangan yang menjurus kepada menjawab persoalan:
Apakah kesan cahaya pada objek yang dirakam?
Apakah kesan cahaya pada gambar yang dirakam?
Apakah kesan objek-objek yang berbagai rupa dan  bentuk  terhadap pencahayaan?
Apakah kesan kedudukan kamera terhadap pencahayaan ?
Seoarang jurufoto yang bagus, beliau mampu menjawab persoalan di atas dengan mudah. Lebih daripada itu beliau mampu nampak sebelum melihat !,  seterusnya beliau boleh merancang, mengurus (mengawal), tangani permasalahan dan mempergunakan (ekploitasi) keadaan kearah menvisualkan apa yang beliau harapkan!
Latihan demi latihan adalah cara terbaik untuk master di dalam bidang pencahayaan, namun bagi saya pengentahuan / prinsip asas cahaya dan pencahayaan perlulah dipelajari terlebih dahulu, sebelum kita membuka langkah yang jauh!
Semoga apa yang dibincang dapat memberi faedah kepada semua! Maklum balas amatlah diharapkan.
Jumpa lagi di dalam topic yang seterusnya.

2 comments:

  1. nampak sebelum melihat..fuh...maksudnya,kalo kte pham tntang pencahayaan,baru mudah utk kita exploit light and lighting la kan?thanks :)

    ReplyDelete
  2. Betul
    Gambar yang bagus selalu bermula dengan visualization( bayangan awal)...kemudian baru kita merancang bagaimana hendak mencapainya..macam ansel adam kata, we do not shoot, but we make it..bukan secara kebetulan ataupun nasib.
    terima kasih

    ReplyDelete